Tampilkan postingan dengan label gadis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gadis. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014

Gadis 21 tahun menyesal miliki buah d da besar

GLASGOW - Seorang wanita bernama Stephanie Fox mengaku mempunyai ukuran buah dada yang besar bukannya menyenangkan malahan lebih banyak kesusahan dan kesengsaraan. Buah dada yang bersaiz 32K membuat kehidupannya lebih banyak menderita.



Stephanie, dari Glasgow, Scotland, sukar untuk mencari kekasih serta susah mencari pakaian yang sesuai. Lebih parah lagi, setiap kali keluar dari rumah, para lelaki akan memandang terus ke dadanya. Manakala wanita-wanita memikirkan dia adalah bintang filem porno.

Akibat buah dadanya yang besar, wanita berusia 21 tahun ini mengalami sakit belakang yang kronik. “Banyak wanita yang ingin memiliki buah dada yang besar namun sebenarnya itu adalah mimpi buruk,” katanya.

“Biasanya lelaki yang tertarik kepada saya adalah dari jenis yang berfikiran cetek. Sangat sukar mencari lelaki yang melihat ke wajah saya ketika berbual,” ujarnya. Yang paling menjengkelkan lagi bagi Stephanie, semua wanita menyangkakan buah dadanya telah menjalani pembedahan implan.

“Para wanita berbisik dan mereka menggelengkan kepala ketika saya melintas di depan mereka,” jelas Stephanie lagi.
ReadFull Article ..

Rabu, 25 Desember 2013

Gadis Seksi Vivian Dirompak Dan Dicederakan Dengan Pisau!

vivian

Gadis seksi, Vivian dirompak dan dicederakan dengan pisau ketika sedang berjalan seorang diri di Jalan Ipoh pukul 3.30 pagi Selasa lalu.
Menurut teman lelakinya, Alvin, Vivian ketika itu sedang berjalan bersebelahan sebuah kondominium ketika dihampiri seorang lelaki India berbadan besar.
Lelaki berkenaan menurutnya telah menolak Vivian ke sebatang pokok dan menghalakan pisau ke arah gadis tersebut sebelum menjerit;
“Oi, bagi duit kalau lu tak mau saya potong lu,” katanya dalam status di akaun Facebook miliknya semalam.
Katanya, Vivian bersetuju untuk menyerahkan wangnya tetapi meminta kepada lelaki berkenaan agar memulangkan kad pengenalan, lesen, kad bank dan dokumen penting yang lain.
“Dia belum sempat menamatkan ayatnya sebelum anak haram itu dengan ganas merampas wallet serta kunci rumah dan berlari ke arah rakannya yang menanti di atas motosikal di seberang jalan,” katanya.
alvin and vivian
Menurut Alvin, sebelum pergi, lelaki berkenaan sempat mencederakan Vivian di bahagian tangan dan pinggang.
Beliau dalam entri yang sama memuji kecekapan pihak hospital dan mendoakan lelaki berkenaan menemui kecelakaan dalam hidupnya.
Sementara itu, Vivian yang menjalani pembedahan akibat kecederaan di tangannya memberitahu bahawa pembedahan itu berjaya.
ReadFull Article ..