Tampilkan postingan dengan label luar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label luar. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Dewan Rakyat Dikejutkan Pendedahan Anwar Simpan RM209 Juta Di Luar Negara Termasuk Israel

Wikileaks Dedah Anwar Simpan RM209 Juta Di Luar Negara Termasuk Israel?

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat pada Selasa dikejutkan dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).
Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileak itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.
Tambah Liang, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.
“Apabila saya membaca semua akaun ini di internet soalan pertama yang muncul dalam kepala saya dari mana datangnya wang sebanyak ini?
“Apa yang didedahkan oleh Wikileaks amat bahaya. Oleh itu saya meminta pihak kerajaan siasat kesahihan maklumat ini memandangkan akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan kita tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat lewat petang Selasa.
Menurut Liang, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersikap hipokrit apabila mengutuk kekejaman tentera Israel namun pada masa yang sama mempunyai akaun simpanan di negara itu.
“Kelakuan hipokrit ini bukan sahaja menggadaikan nasib bangsa, agama, bahkan akan menggadaikan nasib negara pada suatu hari yang akan datang,” katanya.
Ketika pendedahan itu dibuat, Anwar bagaimanapun tiada di Dewan.
Namun beberapa wakil rakyat pembangkang bangun mencelah sebagai usaha menghalang Liang daripada terus membuat pendedahan tersebut.
Tian Chua (PKR-Batu) ketika bangkit mencelah mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat sebarang tuduhan melulu.
Sementara itu Jeff Ooi (DAP-Jelutong) pula menggesa supaya Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen sekiranya gagal mengemukakan bukti berhubung sumber maklumat berkenaan.
Suasana perbahasan Dewan Rakyat makin kecoh apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula dengan lantang bersuara meminta pembangkang mengambil tindakan undang-undang terhadap Wikileaks. – Mstar.com.my
ReadFull Article ..

Selasa, 10 Desember 2013

Daftar lagu Indonesia yang dibeli oleh penyanyi luar negri

TERESA TENG (Dayung Sampan)

Lagu ini dinyanyikan oleh Teresa Teng artis asal Taipei, Taiwan dalam versi mandarin, sebelumnya lagu ini pernah dinyanyikan oleh almarhum Benyamin Sueb yang berjudul "Dayung Sampan".

NICHOLAS TEO (Sempurna)

Lagu ini dinyanyikan oleh Nicholas Teo artis Malaysia yang berasal dari Taiwan, sebelumnya lagu ini dibawakan oleh Andra and the Backbone yang berjudul "Sempurna".

FABRIZIO FANIELLO - I NO I CAN DO (Cari Jodoh)

Nah, ini dia lagu Wali yang berhasil menduduki tangga lagu nomor satu Eropa, yaitu penyanyinya adalah Fabrizio Faniello yang bejudul I No I Can Do, ini lagu Wali yang berjudul "Cari Jodoh".

LADY LIKE - DREAMING OF THE TIME (Teman Tapi Mesra)

Lady Like adalah sekumpulan musisi asal Swedia yang meremake lagu Indonesia, yaitu "Teman Tapi Mesra" dari Ratu yang diulang ke Inggrisnya, yaitu "Dreaming of the Time".
ReadFull Article ..