Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Maret 2014

Khalid Gelar Pemimpin Umno Lembu Khinzir


Aktivis pembangkang yang terang-terangan penyokong Syiah, Khalid Ismath, meneruskan kebiadapannya di laman sosial apabila mengeluarkan status Twitter berbunyi:

‘Selain lembu, khinzir dan tapir juga menang dalam sayap umno sebentar tadi. Tahniah kepada semua anjing yang mengundi’.


Tweet yang dimuatnaik jam 11.45 malam semalam itu, jelas ditujukan kepada keputusan pemilihan sayap Umno.

Pernah ditahan polis kerana komen dalam laman sosialnya berkaitan perhimpunan haram sebelum ini, Khalid diketahui umum gemar melemparkan pandangan berbaur kontoversi di laman sosial sejak dulu lagi.

Dia pernah menghina Rasulullah menerusi status Facebook apabila menyatakan nabi israj dari rumahnya. Apabila ditegur pada status yang sama, dia tambah berani menambah bahawa Harun Taib juga nabi.

Bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang digantung tiga semester kerana mengugut polis Jun tahun lalu ini juga, pernah melabelkan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Dr. Azizan Abdul Razak sebagai Si Tua Bodoh dan Anjing Umno.

Selain tweet semalam, lihat sajalah sebahagian status di laman sosial berunsur provokasi dan bahaya yang telah dimuatnaik oleh Khalid ini. – REM RAMZI





ReadFull Article ..

Rabu, 25 Desember 2013

Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri 5 minit

sinar harian
Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri 5 minit
Anwar bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang pada sidang media hari ini.
PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menjelaskan isu dakwaan beliau ingin kembali kepada Umno jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) berinya ruang siaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Senator Ezam Mohd Noor dalam satu ceramahnya pada Ahad yang mendakwa Anwar pernah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyertai semula Umno ketika era pemerintahannya.

“Awak dari mana? RTM.. Ok….Terima Kasih la….Kalau RTM boleh bagi saya 5 minit untuk bercakap saya akan jawab. Tanya menteri awak Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) boleh tak bagi Anwar lima minit atau tiga minit jelaskan secara langsung..boleh…?.

“Isu ini tidak relevan pun dan tak berbangkit..yang ketagih nak masuk Umno itu dia (Ezam),” jawabnya secara sinis kepada seorang wartawan daripada RTM.

Bagaimanapun, Anwar diasak soalan sama oleh beberapa wartawan lain, bagaimanapun beliau masih enggan mengulas lanjut.

“Kalau nak suruh layan dia( Ezam) mahal pula harga dia…Jadi saya tidak mahu meningkatkan harga dia dalam Umno. Jadi nanti dia dapat kutipan yang lebih kalau saya respon,” katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR semalam.

ReadFull Article ..

Selasa, 10 Desember 2013

25 orang ahli Umno Teluk Gadong sertai PAS

 


PADA waktu ini sedang berlangsung ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Yadi, Sungai Udang Selat Klang, Selangor.

Antara penceramah yang hadir, bekas Menteri Besar Perak, YB Nizar Jamaluddin, YB Dr Rani Osman, Dr Hajah Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor, dan Cikgu Fariz Musa pengerusi Jingga 13.

Sebentar tadi berlangsung penyerahan borang 25 orang ahli Umno cawangan Taman Firdaus, Teluk Gadong untuk menyertai Parti Islam, PAS.

Borang itu diserahkan oleh Mohd Zaini bin Abu Saha, Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Taman Firdaus Teluk Gadong mewakili 25 orang pengikutnya.
Sent from my BlackBerry®

source:  milosuam
ReadFull Article ..