Tampilkan postingan dengan label enggan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label enggan. Tampilkan semua postingan

Senin, 24 Februari 2014

SEKSI Kilafairy Enggan Malukan Keluarga Lagi


SEKSI: Kilafairy Enggan Malukan Keluarga Lagi
SEKSI: Kilafairy Enggan Malukan Keluarga Lagi - KUALA LUMPUR : Pelakon, Kilafairy terpaksa menolak lima tawaran lakonan gara-gara dia diberikan watak seksi malah ada diantaranya meminta dia berkemban.
Ini berikutan, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan tidak mahu lagi memalukan ahli keluarga lain.
Pengalaman lalu yang mana dia pernah berkemban untuk filem Karak sehingga mencetuskan kontroversi benar-benar membuatnya belajar untuk memilih watak.
“Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem.
“Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem.
“Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh,” katanya yang dipetik dari Mstar Online, di sini, semalam.
Tambahnya, dia tahu dengan sikap memilih watak, ia akan sedikit-sebanyak merugikannya kerana kurang mendapat publisiti.
Tetapi anak kepada Rohana Jalil ini tidak kisah.
“Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan tinjauan pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu.
“Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi tinjauan lakonan yang bagus,” ujarnya.
Sementara itu, tahun 2013 juga merupakan tahun kesibukan pelakon ini apabila dia turut memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap butik, Rack, yang diuruskan bersama kakaknya. – MyNewsHub
ReadFull Article ..

Senin, 23 Desember 2013

Anzalna Nasir Enggan Berlakon Watak Jahat

Membawakan watak antagonis bernama Dee di dalam drama Adam Dan Hawa, merupakan watak jahat terakhir yang dilakonkan oleh Anzalna Nasir.Menurutnya keengganan melakonkan watak sedemikian adalah bagi mengelakkan persepsi negatif peminat terhadap dirinya. 

"Watak Dee adalah watak jahat terakhir yang akan dilakonkan. Selepas ini saya mahu membawakan watak baik pula. Bukan fobia bawa watak jahat tapi saya nak cuba sesuatu yang lain.  "Terkini saya banyak mendapat tawaran watak baik.

Jadi tidak salah untuk saya menonjolkan bakat lain yang saya ada," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama Adam Dan Hawa, semalam.  Ditanyakan keadaannya selepas berakhir kontroversi antara dia dan Neelofa baru-baru ini, jawab Anzalna; "Lega kerana semuanya sudah berakhir.

Saya juga boleh buat kerja sendiri tanpa gangguan sesiapa. Saya bersyukur kerana tidak ada yang memberikan komen negatif, malah lebih ramai yang menyokong saya. "Dengan apa yang telah berlaku, orang boleh menilai siapa betul dan siapa salah. Tidak perlulah kita melakukan kebaikan untuk menunjukkan diri kita baik."

Sumber : Media Hiburan


ReadFull Article ..