Senin, 23 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Anzalna Nasir Enggan Berlakon Watak Jahat

Anzalna Nasir Enggan Berlakon Watak Jahat

Membawakan watak antagonis bernama Dee di dalam drama Adam Dan Hawa, merupakan watak jahat terakhir yang dilakonkan oleh Anzalna Nasir.Menurutnya keengganan melakonkan watak sedemikian adalah bagi mengelakkan persepsi negatif peminat terhadap dirinya. 

"Watak Dee adalah watak jahat terakhir yang akan dilakonkan. Selepas ini saya mahu membawakan watak baik pula. Bukan fobia bawa watak jahat tapi saya nak cuba sesuatu yang lain.  "Terkini saya banyak mendapat tawaran watak baik.

Jadi tidak salah untuk saya menonjolkan bakat lain yang saya ada," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama Adam Dan Hawa, semalam.  Ditanyakan keadaannya selepas berakhir kontroversi antara dia dan Neelofa baru-baru ini, jawab Anzalna; "Lega kerana semuanya sudah berakhir.

Saya juga boleh buat kerja sendiri tanpa gangguan sesiapa. Saya bersyukur kerana tidak ada yang memberikan komen negatif, malah lebih ramai yang menyokong saya. "Dengan apa yang telah berlaku, orang boleh menilai siapa betul dan siapa salah. Tidak perlulah kita melakukan kebaikan untuk menunjukkan diri kita baik."

Sumber : Media Hiburan


Tidak ada komentar:

Posting Komentar