Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Jambatan Ketiga Klang Mula Dibina Julai 2014

Jambatan Ketiga Klang Mula Dibina Julai 2014


SHAH ALAM – Pembinaan Jambatan Ketiga Bandar Klang dijangka bermula pada Julai depan dengan anggaran kos mencecah RM281 juta termasuk pengambilan tanah dan yuran perunding, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Datuk Teng Chang Khim.

Pada masa ini, katanya, Jabatan Kerja Raya Selangor melalui perunding Vast Consultants Sdn Bhd sedang mereka bentuk jambatan itu dengan terperinci yang dijangka selesai pada Februari depan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan perkembangan pembinaan jambatan itu, anggaran kos pembinaan dan bila ia akan dimulakan selain daripada peranan kerajaan Persekutuan dalam projek itu semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.

Teng berkata selain itu, kerja-kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang dijalankan dan dijangka selesai awal bulan hadapan.

“Pelan Pengambilan Tanah serta dokumen yang berkaitan bagi proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada pertengahan Oktober lepas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata agensi kerajaan Persekutuan iaitu Jabatan Kerja Raya berperanan sebagai penasihat teknikal bagi projek itu. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar