Minggu, 22 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » » Pilihan raya tetap kotor selagi 8 tuntutan Bersih tidak dipenuhi

Pilihan raya tetap kotor selagi 8 tuntutan Bersih tidak dipenuhi

(Oleh Masdar Wahid & Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 22 Oktober: Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil masih meragukan banyak pihak ekoran senarai daftar pemilih yang belum dibersihkan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Bagaimana dengan isu satu rumah teres ada 46 pengundi berdaftar? Jika SPR boleh beri penjelasan tentang isu itu, kita boleh pertimbangkan ketelusan mereka,” katanya.
Beliau merujuk laporan Suara Keadilan 16 Oktober lalu muka surat 22 berhubung laporan Malaysian Elektronik Roll Analysis Project (Merap) membuktikan bagaimana satu alamat di nombor 994 Jalan Papan Klang didiami 46 pengundi.
“Di Selangor, kita cukup jelek dengan peningkatan jumlah pengundi entah dari mana setiap hari,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi KEADILAN Perak itu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kononnya pelbagai usaha dibuat bagi membersihkan daftar pemilih dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau yakin pasti ada ‘tangan’ yang masuk campur dalam urusan daftar pemilih.
“Itu yang dikhuatiri dan meragukan banyak badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya.
September lalu, Keadilan Daily melaporkan SPR gagal dedah senarai daftar pemilih terkini menyebabkan kesukaran terhadap proses semakan bagi mengenalpasti nama pengundi baru yang diragui.
Sebelum itu, kerajaan Selangor mendedahkan, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008.
seterusnya di sini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar