Minggu, 22 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » » » » Belasungkawa Mengenang Datuk Fauzi Shaari Dan Kes Pembunuhan Inspektor Saderi Abdul Samat

Belasungkawa Mengenang Datuk Fauzi Shaari Dan Kes Pembunuhan Inspektor Saderi Abdul Samat


BEKAS Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari meninggal dunia kelmarin.

Seperti kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama…begitulah berita pemergiaan Allahyarham Fauzi.

Allahyarham yang lahirkan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau Perak pada 1950 pernah menjadi Ketua Polis Selangor pada 2005 sebelum ke Bukit Aman Sebagai pengarah JSJ dan beliau menyertai PDRM pada April 1975.

Walaupun seorang yang kelihatan lembut dan mudah mesra, semua orang tahu betapa ‘tegasnya’ Fauzi semasa bertugas sebagai pegawai polis.

Ketika arwah menjadi Ketua Polis Dang Wangi, habis semua pusat pelacuran yang terkenal di Kuala Lumpur pada era 80-an dulu diggempurnya!

Namun yang paling menarik sepanjang karier beliau, sudah tentu ketika memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Kongsi Gelap dan Maksiat Pulang Pinang lebih 30 tahun dulu.

Pada 15 November 1980, negara digemparkan dengan satu kes pembunuhan yang suspek kes itu adalah pegawai polis sendiri, Inspektor Saderi Abdul Samat.

Saderi ketika itu baru berusia 24 tahun.


Fauzi adalah pegawai polis yang teribat merakamkan percakapan suspek sepanjang sembilan muka surat dan mengambil masa tiga jam untuk disiapkan.

Perbicaraan selama 20 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendedahkan betapa pembunuhan Salbiah dirancang dengan teliti oleh Saderi dalam usahanya melindungi kecurangan kepada tunangnya, Rubiah.

Andainya, mayat Salbiah tidak ditemui oleh sesiapa di lurah Jalan Lembah Permai itu, mungkin hari ini Saderi sudah menjadi seorang pegawai polis berkedudukan tinggi dalam kerjayanya.

Namun, takdir Allah Maha menentukan segala-galanya.

Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi, ‘Crime Doesn’t Pay’.

Mangsa: Pekerja kilang AMD, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27.

Tertuduh: Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor (P) Saderi Abdul Samat, 24.

Pegawai Penyiasat: Inspektor Abdul Rani Abdullah.

Tuduhan: Membunuh Salbiah antara petang 14 November hingga jam 5 pagi pada 15 November 1980 di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland. Didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Hukuman: Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Hakim: Pesuruhjaya Kehakiman Mustapha Hussein.

Juri: Tujuh orang termasuk dua wanita.

Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Muhammad Shafee Abdullah.

Pembela : Peguambela K Kumaraendran dibantu S Sithambaram dan Teja Singh.
Saksi: 20 saksi pendakwa, dua saksi pembela.

PERBICARAAN pembunuhan pekerja kilang, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27, yang dilakukan kekasihnya, Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor (Percubaan) Saderi Abdul Samat, berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mustapha Hussein dan tujuh juri di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mulai 8 Jun 1982.

Dalam hujah pembukaan, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shafee Abdullah, memberitahu mahkamah, pihaknya akan membuktikan Saderi membunuh Salbiah sebelum dia membawa mayat mangsa dan membuangnya di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bunga.


Pendakwa juga yakin dapat membuktikan Saderi membunuh Salbiah dalam bilik tidurnya di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland berikutan kesan darah dalam bilik itu dan tertuduh adalah orang terakhir bersama mangsa sebelum pembunuhan berlaku.

Pada perbicaraan itu, Saderi yang juga bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia pada 1977 dan 1978, menghadapi tuduhan membunuh Salbiah antara petang 14 November hingga jam 5 pagi 15 November 1980 di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland, mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan, yang jika disabitkan membawa hukuman mati.

Ketika perbicaraan di mahkamah tinggi itu, Saderi yang tidak diwakili oleh peguam bela sepanjang perbicaraan awal di Mahkamah Majistret pada April 1981, kali ini diwakili peguam bela K Kumaraendran dibantu S Sithambaram dan Teja Singh, yang dilantik mahkamah bagi membelanya.

Muhammad Shafee berhujah, Saderi yang bakal berkahwin dengan tunangnya, Rubiah Tijan, yang ketika itu berada di Melaka, menyimpan Salbiah sebagai kekasih dan pasangan itu ‘tinggal’ bersama di kediaman pegawai polis terbabit.

“Pendakwaan akan membuktikan tertuduh adalah kaki perempuan yang menggunakan wanita untuk memenuhi kepuasan dirinya sebelum mengabaikan mereka. Saderi terdesak apabila Rubiah mengirimkan telegram menyatakan akan melawatnya,” hujahnya.

Prosiding perbicaraan bermula dengan seorang pembuat roti, Wan Teik Boon, 23, orang pertama menemui mayat Salbiah dipanggil memberi keterangan mengenai penemuan itu sebelum disusuli Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul Rani Abdullah.

Abdul Rani memberitahu mahkamah yang Saderi mula dipanggil untuk ‘temubual’ bagi membantu siasatan mulai jam 11.45 malam pada 24 November 1980 selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai hubungannya dengan Salbiah.

Pihak pembela membantah keterangan yang diberikan Saderi kepada Abdul Rani menyebabkan bicara dalam perbicaraan dijalankan. Kenyataan itu kemudian diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung.

Hari kedua perbicaraan, Pemangku DSP Mohamad Fauzi Saari, yang bertanggungjawab merakam kenyataan beramaran Saderi dipanggil memberi keterangan. Permohonan pendakwa mengemukakan dokumen itu sebagai bahan bukti tidak dibantah pembela membolehkan ia diterima sebagai keterangan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar