Tampilkan postingan dengan label mula. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mula. Tampilkan semua postingan
Selasa, 31 Desember 2013
SHILA AMZAH MULA DEMAND RM 25000 UNTUK SETENGAH JAM PERSEMBAHAN

SHILA AMZAH MULA DEMAND, RM 25000 UNTUK SETENGAH JAM PERSEMBAHAN - Satu angka yang besar tetapi pastinya berbaloi. Untuk persembahan Shila Amzah selama setengah jam, bayaran yang dikenakan sebanyak RM25,000. Tetapi, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.
"Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu deal untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang", kata agen Shila Amzah
Jumat, 27 Desember 2013
Jambatan Ketiga Klang Mula Dibina Julai 2014

SHAH ALAM – Pembinaan Jambatan Ketiga Bandar Klang dijangka bermula pada Julai depan dengan anggaran kos mencecah RM281 juta termasuk pengambilan tanah dan yuran perunding, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Datuk Teng Chang Khim.
Pada masa ini, katanya, Jabatan Kerja Raya Selangor melalui perunding Vast Consultants Sdn Bhd sedang mereka bentuk jambatan itu dengan terperinci yang dijangka selesai pada Februari depan.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan perkembangan pembinaan jambatan itu, anggaran kos pembinaan dan bila ia akan dimulakan selain daripada peranan kerajaan Persekutuan dalam projek itu semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.
Teng berkata selain itu, kerja-kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang dijalankan dan dijangka selesai awal bulan hadapan.
“Pelan Pengambilan Tanah serta dokumen yang berkaitan bagi proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada pertengahan Oktober lepas untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata agensi kerajaan Persekutuan iaitu Jabatan Kerja Raya berperanan sebagai penasihat teknikal bagi projek itu. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)