Tampilkan postingan dengan label kurang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kurang. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Februari 2014
Wan Hanafi Su Bimbang Kurang Tawaran Lakonan

PETALING JAYA – Pelakon Wan Hanafi Su mengakui berasa risau apabila kejayaannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) pada Sabtu lalu akan membuatkan para penerbit tidak berani menawarkannya sebarang kerja lakonan.
Aktor berusia 63 tahun itu memenangi anugerah tersebut menerusi drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.
Wan Hanafi menganggap, penerbit-penerbit drama mahupun filem sering memberi persepsi bahawa setiap pelakon yang memenangi trofi akan menaikkan lagi harga bayaran dalam sesebuah tawaran lakonan yang diberi.
“Ada sesetengah penerbit, apabila seseorang pelakon itu meraih kemenangan dalam sesebuah acara anugerah, mereka mula takut untuk mengambil pelakon itu untuk berlakon kerana risau harga yang dikenakan mungkin terlalu tinggi.
“Dan kemenangan yangs aya terima ini juga sedikit sebanyak memberi kerisauan dalam kegembiraan,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Wan Hanafi, dia tetap akan menaikkan harga bayarannya, mengikut kesesuaian pengiktirafan yang diraih.
Bagi pelakon filem Bunohan itu, setiap anugerah yang diraih melambangkan pengiktirafan dan peningkatan taraf pendapatan dimana pada masa akan datang, tinjauan kerja lakonan juga mestilah setimpal dengan nilai harga bayaran yang diterima.
“Setiap pengiktirafan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap kita. Dan menjadi tanggungjawab seseorang pelakon yang meraih kejayaan untuk memberikan tinjauan kerja yang lebih baik berbanding sebelumnya.
“Dan pada masa sama, harga bayaran juga mesti dinaikkan setimpal dengan pengalaman dan pengiktirafan yang diperoleh. Bagaimanapun, saya bukanlah seorang pelakon yang meletakkan nilai harga yang sangat tinggi, tetapi cukuplah ia menunjukkan sedikit perbezaan pendapatan,” ujarnya. – mStar Online
Senin, 30 Desember 2013
Neelofa Kurang Impak Ke
Biasanya kat ofis Mangga Muda ni slot Akasia di TV3 yang ditayangkan waktu petang menarik minat budak-budak kat opis ni. Mereka sanggup pulang ke rumah selepas drama ini tamat. Maklumlah kalau pulang awal tak sempat nak tonton. Terbaru drama Dejavu Kinabaluyang membuatkan peminat terpaku depan TV.
Malah bila masuk waktu berbuka, hanya berbuka sekejap dan kembali menatap TV. Selepas selesia sembahyang Maghrib, mereka sambung lagi. Tapi nampaknya drama Kau Yang Terindah yang ganti drama itu tak macam tu. Malah peti TV utama di pejabat ni tak di on pun. Peti TV kecil dekat penjuru yang lagi satu saja di on.
Mangga Muda saja-saja tanya rakan-akan yang suka sangat nonton slot Akasia ni. Pasal apa agaknya mereka tak nonton yang baru ni. Ada kata jalan ceritanya tak menangkap mereka. Agaknya belum sampai kemuncak lagi kut, sebab itulah tak ramai yang tertarik lagi. Mungkin bila dan lama sikit baru ada yang menaruh minat.
Yang tak sedapnya ada kata tak minat nak nonton sebab tak berapa minat dengan Neelofa. Neelofa heroin drama itu. Laa…. mereka pilih pelakon jugak ke. Kalau macam tu nama Neelofa belum kuatlah impak untuk menarik perhatian penonton dan memaku punggung peminat.
Nak kata Neelofa tak popular…. tak juga sebab banyak sekali publisiti yang dia dapat. Tapi publisiti negatif juga banyak. Dia pernah dikatakan berlagak serta isu perbalahan sesama artis baru yang sedikit sebanyak mencalarkan namanya. Adakah isu itu antara yang mengurangkan degree impak namanya? Tak tahulah.
Agaknya cara lakonan Neelofa yang belum dapat mencuri minat mereka gamaknya. Neelofa masih baru dan belum dapat watak yang benar-benar menguji kemampuannya. Dia kena kerja lebih kuat lagi selepas ini.
Drama itu menampilkan Neelofa dan Nazim Othman serta Miera Leyana dan ramai lagu wajah baru yang diperkenalkan oleh pengarahnya Erma Fatima. Erma juga yang mengarahkan Dejavu Kinabalu yang diperkatakan oleh banyak orang tu.
Mangga Muda sebenarnya nonton sekali sekala sahaja slot ni sebab takut jadi ketagih, nanti tak pasal-pasal pulang rumah lewat pulak. Yang baru ini tak pernah menghadap cuma sekali sekala melintas sebab TV terpasang dan tak ada yang menghadapnya. Ada yang lalu, tonton sekejap dan berlalu lagi. Yalah di pejabat ni masing-masing ada kerja kan? – Informasi Dot My
Langganan:
Postingan (Atom)