Rabu, 12 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Wan Hanafi Su Bimbang Kurang Tawaran Lakonan

Wan Hanafi Su Bimbang Kurang Tawaran Lakonan


PETALING JAYA – Pelakon Wan Hanafi Su mengakui berasa risau apabila kejayaannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) pada Sabtu lalu akan membuatkan para penerbit tidak berani menawarkannya sebarang kerja lakonan.

Aktor berusia 63 tahun itu memenangi anugerah tersebut menerusi drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.

Wan Hanafi menganggap, penerbit-penerbit drama mahupun filem sering memberi persepsi bahawa setiap pelakon yang memenangi trofi akan menaikkan lagi harga bayaran dalam sesebuah tawaran lakonan yang diberi.

“Ada sesetengah penerbit, apabila seseorang pelakon itu meraih kemenangan dalam sesebuah acara anugerah, mereka mula takut untuk mengambil pelakon itu untuk berlakon kerana risau harga yang dikenakan mungkin terlalu tinggi.

“Dan kemenangan yangs aya terima ini juga sedikit sebanyak memberi kerisauan dalam kegembiraan,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Wan Hanafi, dia tetap akan menaikkan harga bayarannya, mengikut kesesuaian pengiktirafan yang diraih.

Bagi pelakon filem Bunohan itu, setiap anugerah yang diraih melambangkan pengiktirafan dan peningkatan taraf pendapatan dimana pada masa akan datang, tinjauan kerja lakonan juga mestilah setimpal dengan nilai harga bayaran yang diterima.

“Setiap pengiktirafan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap kita. Dan menjadi tanggungjawab seseorang pelakon yang meraih kejayaan untuk memberikan tinjauan kerja yang lebih baik berbanding sebelumnya.

“Dan pada masa sama, harga bayaran juga mesti dinaikkan setimpal dengan pengalaman dan pengiktirafan yang diperoleh. Bagaimanapun, saya bukanlah seorang pelakon yang meletakkan nilai harga yang sangat tinggi, tetapi cukuplah ia menunjukkan sedikit perbezaan pendapatan,” ujarnya. – mStar Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar