Senin, 03 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » RM6 Juta Untuk Kendall Jenner Berlakon Lucah

RM6 Juta Untuk Kendall Jenner Berlakon Lucah


BERBANDING Kim Kardashian, adik tirinya, Kendall Jenner dilihat mencipta populariti dengan cara yang lebih sihat.

Jika Kim mencipta namanya melalui video seks dengan bekas kekasihnya, Ray J sebelum ini, Kendall pula membina reputasinya melalui penglibatannya dalam dunia peragaan.

Bagaimanapun, ulang tahun kelahirannya yang ke-18 baru-baru telah memberi peluang kepada sebuah produksi filem lucah untuk menawarkan peluang berlakon kepadanya.

Alasannya, Kendall kini bukan lagi remaja bawah umur.

Biarpun bayaran sebanyak RM6 juta ditawarkan kepadanya, ramai yang menjangkakan gadis jelita ini tidak akan melakukan perkara itu kerana sifat malu masih menebal dalam dirinya.

Apapun, diharapkan agar bintang muda ini tidak mengikut jejak langkah Kim sebelum ini.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar