Selasa, 11 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Aliff Aziz Belum Bersedia Memohon PR Malaysia

Aliff Aziz Belum Bersedia Memohon PR Malaysia


Setelah dua tahun melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Singapura menjalani latihan khidmat negara di sana, kini Aliff Aziz kembali dengan album barunya.
Album ketiganya ini hanya disiapkan tiga minggu, namun Aliff akui berpuas hati dengan tinjauannya. Album ini telah  mendapat bantuan dua komposer terkenal dan merupakan komposer pilihan Aliff Aziz iaitu Azlan Abu Hassan dan Panji Sakti.
Album ketiganya berjudul Aliff Aziz merupakan terbitan Sony Music dan Aliff tetap mengekalkan konsep pop seperti dua albumnya sebelum ini.



 
“Menariknya, album pada kali ini menampakkan kematangan saya walaupun penyampaian muzik saya berbentuk keremajaan.”
Walaupun terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali, namun Aliff masih belum bersedia untuk menukar kerakyatannya. Menurutnya, masih terlalu awal dan muda untuknya memohon menjadi penduduk tetap di Malaysia.
“Rasanya masih awal lagi untuk saya membuat permohonan bagi mendapatkan penduduk tetap di Malaysia. Tambahan pula belum sampai setahun menetap di Kuala Lumpur.
“Umur saya pula baru 21 tahun dan saya belum bersedia untuk menukar kerakyatan saya. Setakat inisaya hanya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar