Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014
Mat Sabu Manifesto Pakatan tidak akan jadikan Malaysia bankrap
Wartawan Sinar Harian
2 Mac 2013
2 Mac 2013
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu
PASIR MAS – Malaysia tidak akan muflis sekiranya negara ini mengikut manifesto yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya negara akan bankrap sekiranya masih terus menggunakan pemerintahan sedia ada.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, ia terbukti menerusi pemerintahan PR di empat negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
Hasil laporan Audit Negara baru-baru ini juga katanya, menunjukkan empat negeri di bawah pemerintahan PR lebih baik berbanding negeri diperintah oleh Barisan Nasional (BN) ketika ini.
“Cara pemerintahan negara ketika ini banyak menjurus kepada pembaziran, malah ia mencetuskan pelbagai penyalahgunaan tinjauan negara.
“Terlalu banyak pembaziran yang mereka lakukan dengan meraikan pelbagai perayaan seperti Hari Kemerdekaan, sehingga mencecah jutaan ringgit,” katanya, selepas Ceramah Perdana, di Stadium Mini Pasir Mas, semalam.
Mat Sabu berkata, manifesto PR dilihat akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi lebih pesat, termasuklah di Kelantan.
Menurut Mat Sabu, manifesto berkenaan mengguna pakai kemahiran pakar ekonomi yang mana semua perbelanjaan berkisar kepada keperluan rakyat dan bukannya kepentingan pemimpin seperti yang berlaku hari ini.
Beliau berkata demikian bagi membalas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan manifesto pakatan pembangkang akan menyebabkan negara muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang besar.
Mahathir berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, namun manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

Selasa, 11 Februari 2014
Aliff Aziz Belum Bersedia Memohon PR Malaysia

Album ketiganya ini hanya disiapkan tiga minggu, namun Aliff akui berpuas hati dengan tinjauannya. Album ini telah mendapat bantuan dua komposer terkenal dan merupakan komposer pilihan Aliff Aziz iaitu Azlan Abu Hassan dan Panji Sakti.
Album ketiganya berjudul Aliff Aziz merupakan terbitan Sony Music dan Aliff tetap mengekalkan konsep pop seperti dua albumnya sebelum ini.

“Menariknya, album pada kali ini menampakkan kematangan saya walaupun penyampaian muzik saya berbentuk keremajaan.”
Walaupun terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali, namun Aliff masih belum bersedia untuk menukar kerakyatannya. Menurutnya, masih terlalu awal dan muda untuknya memohon menjadi penduduk tetap di Malaysia.
“Rasanya masih awal lagi untuk saya membuat permohonan bagi mendapatkan penduduk tetap di Malaysia. Tambahan pula belum sampai setahun menetap di Kuala Lumpur.
“Umur saya pula baru 21 tahun dan saya belum bersedia untuk menukar kerakyatan saya. Setakat inisaya hanya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali.”
Langganan:
Postingan (Atom)