Rabu, 19 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Terlepas Nikah Kerana Senjata Buku Lima

Terlepas Nikah Kerana Senjata Buku Lima


KOTA BHARU – Seorang penjual ikan yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan, kelmarin terlepas tarikh itu apabila ditahan memiliki buku lima dan dihadapkan ke Mahkamah Masjitret di sini, semalam.

Mohd Rosli Saari, 29, dari Belukar Baru, Pulai Chondong, sepatutnya dijadualkan berkahwin pada 30 Oktober, namun, ditahan sehari sebelum itu.

Semalam, tertuduh didenda RM1,500 selepas mengaku salah memiliki senjata tersebut tanpa maksud dan kebenaran sah daripada pihak berkuasa di tepi jalan Pasir Puteh-Kota Baharu, Pasir Tumboh di sini pada jam 1.30 pagi, 29 Oktober.

Senjata ditemui dalam poket seluar dipakai tertuduh ketika ditahan pada sekatan jalan raya oleh anggota polis Kubang Kerian.

Denda diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad yang turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal menjelaskannya.

Terdahulu, peguam bela, Nik Saiful Burhan memohon hukuman tertuduh dikurangkan berikutan pengakuan salah tertuduh dapat menjimatkan masa dan kos mahkamah.

“Tertuduh juga sepatutnya berkahwin malam tadi (kelmarin) tetapi kerana kes ini, akad nikah terbabit terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. – Sinar Harian Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar