Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan

Senin, 14 April 2014

Pelakon Wanita dan Model Terkenal Ditahan Polis Miliki Dadah

Selamat tahun baru kami ucapkan kepada semua dan apa yang Ente inginkan di tahun baru kami doakan semoga tercapai. Untuk pembuka tirai berita hiburan pada tahun baru ini adalah seorang pelakon dan model wanita terkenal telah ditahan polis kerana menyimpan dadah.


Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang pelakon & model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu telah ditahan bersama teman lelaki di rumah mereka.

Dalam serbuan polis di kediaman mewah di Damansara Damai, pelakon berusia 26 tahun didapati menyimpan dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.


“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan & mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri”

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera tutup semula selepas menyedari kehadiran polis,” jelas sumber.
ReadFull Article ..

Jumat, 14 Maret 2014

‘SUKA HATI SAYALAH’ – TREND BERKONGSI RUMAH LELAKI DAN WANITA TANPA IKATAN PERKAHWINAN


‘SUKA HATI SAYALAH’ – TREND BERKONGSI RUMAH LELAKI DAN WANITA TANPA IKATAN PERKAHWINAN




Kuala Lumpur: “Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”

Itu kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Linda, 29, antara segelintir warga kota yang mengamalkan hidup ala Hollywood dengan menyewakan bilik di kediaman mereka kepada lelaki.

Bagi golongan seperti Linda, apa yang lebih utama ialah mendapat sumber kewangan untuk menampung kos kehidupan dan ada juga yang menganggap berkongsi rumah dengan individu berlainan jantina lebih serasi dan selesa.

“Kami bukan buat perkara tak senonoh. Kalau orang nak ambil tahu pun, saya cakaplah kami saudara. Yang penting, beban saya berkurangan,” katanya.

Bagaimanapun, cara kehidupan songsang itu disifatkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut sebagai mengundang syaitan dan perlu dijauhi kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Tindakan itu boleh diibaratkan seperti ‘kucing dengan ikan’. Mana boleh kita dapat mengawal kedua-dua situasi ini dan ia sudah pasti akan berlaku tindak balas negatif.

“Walaupun tidak berlaku zina tetapi ia akan menimbulkan fitnah. Perlu diingatkan apabila berada lelaki dan perempuan, sudah pasti syaitan menjadi rakan yang akan mendampingi mereka,” katanya.

Menurutnya, Islam jelas menggariskan hubungan yang dibolehkan serta tidak dan ia perlu dijadikan panduan oleh golongan muda agar tidak terikut-ikut budaya Barat kerana ia akan menyebabkan kerosakan akhlak kepada generasi akan datang.

Noh berkata, walaupun mereka tinggal di bilik berasingan namun sesetengah daripada mereka pasti akan berkongsi peralatan lain seperti bilik air dan kesempatan itu akan diambil syaitan untuk mendekati mereka.

“Jangan main dengan nafsu serta hasutan syaitan kerana orang alim pun boleh terbabas. Kita perlu elakkan fenomena ini daripada berlaku.

“Mereka ini mungkin tidak tahu perkara dilakukan ini dilarang, tidak perlu ambil tindakan dengan menangkap mereka sebaliknya cara berdakwah adalah yang terbaik untuk mendekati mereka,” katanya ketika dihubungi.

Trend berkongsi rumah lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan dikesan Harian Metro daripada sumber mahu dikenali sebagai Afis, 27 yang kebetulan mencari bilik untuk disewa menerusi laman web.

SUMBER
ReadFull Article ..

Senin, 10 Maret 2014

Wanita gemuk jadi kurus 18 bulan



SOUTHAMPTON, Britain - Seorang wanita, Harriet Jenkins yang berusia 25 tahun dari sini berjaya menguruskan badannya sebanyak 95.2 kilogram (kg) kepada 73.3kg selepas dia menerima pelawaan rakannya agar menyertai satu kumpulan menguruskan badan, lapor sebuah akhbar semalam.

Jenkins yang bercita-cita menjadi seorang guru sebelum ini mempunyai berat badan lebih 165kg.

Graduan yang menganggur itu juga sering disindir oleh sejumlah orang yang tidak dikenali kerana kegemukannya.


Hanya selama 18 bulan, Jenkins yang enggan menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk badannya berjaya mengurangkan lebih separuh berat badan asalnya selain mendapat tawaran kerja sebagai seorang guru sebuah sekolah rendah.


Dia berjaya mengurangkan berat badan melalui pemakanan yang sihat dan bersenam.



"Hidup saya benar-benar berbeza sekarang dan saya dapat melakukan perkara yang saya fikir mustahil untuk dilakukan sebelum ini. Saya juga lebih yakin dan gembira dengan diri sendiri," katanya. - Agensi


Kosmo
ReadFull Article ..

Kamis, 30 Januari 2014

Wanita ini tertidur dirumah kekasih selepas berbuka


Wanita yang hanya berkemban cuba menyorok dalam almari bagi mengelakkan diri daripada dicekup.

AMPANG - Seorang wanita sanggup menyorok di dalam almari bagi mengelakkan diri dicekup dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sebuah apartmen, di sini awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban itu ditahan bersama pasangannya pada jam 1.40 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang lelaki hanya berseluar pendek membuka pintu.

“Lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berusia 23 tahun menyorok di dalam almari pakaian,” katanya.

Beliau berkata, ketika ditahan wanita itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik teman lelakinya selepas berbuka puasa.

“Wanita berkenaan bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota, manakala lelaki terbabit bekerja di sebuah syarikat pembasmi serangga,” katanya.
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Wanita Ini Samakan Pakaian Wanita Muslim Dengan Kostum Batman


Wanita Ini Samakan Pakaian Wanita Muslim Dengan Kostum Batman-Sebuah majalah di AS baru-baru ini menerbitkan sebuah tulisan yang dianggap menyinggung wanita muslim. Cerita yang dimuat di majalah Vice tersebut menceritakan pengalaman wakil editor fashion bukan beragama Islam, yang bernama Annette Lamothe-Ramos, yang memakai Purdah  selama satu hari dan berjalan di sekeliling kota New York untuk merasai sendiri bagaimana pandangan masyarakat terhadap wanita yang memakai purdah.

Annette Lamothe-Ramos


Bersiap memakai Purdah dalam kereta sebelum keluar

Dalam tulisannya, Annette yang menyebut pakaian yang ia kenakan dengan nama burqa (padahal seharusnya niqab atau purdah), menceritakan bahwa ketika ia mengenakan niqab dan berjalan-jalan, banyak orang yang ketakutan pada dirinya. Ia ada menyatakan bahkan anjing peliharaannya pun takut dan keliru ketika ia mengenakan niqab.
Bersama anjing kesayangan,Yang takut dan keliru melihat tuan - nya
Perkara yang paling menyinggung ialah ketika Annette merasa dirinya mirip dengan Batman ketika tubuh dan pakaianya di tiup angin, kerana memakai niqab. Ia juga menceritakan bagaimana pakaian tersebut membuat dirinya berpeluh sangat banyak. Annette menyatakan bahwa salah satu nilai kegunaan memakai niqab ialah tak perlu lagi memakai payung jika hari 
turun hujan.Kebetulan semasa dia berjalan-jalan hujan turun menimpanya.

Kehausan selepas sehari suntuk membuat eksperimen keliling New York

Sudah pasti tulisan yang di post di website dan di majalah ini mendapat banyak komen para pembacanya yang beragama Islam. Kebanyakan komen menyatakan bahwa tulisan Annette sangat menyinggung dan melukai hati wanita muslim. Annette juga disebut sebagai orang yang tak sensitif dan tak memiliki perasaan kerana sesuka hatinya membandingkan pakaian kehormatan wanita muslim dengan kostum superhero Batman.

Semoga Annette Lamothe-Ramos terbuka hati memeluk Islam suatu hari nanti 
Namun dalam akhir tulisannya, Annette juga menyatakan bahwa dari eksperimennya, ia belajar untuk lebih menghargai wanita yang memakai niqab dan burqa. 

Sumber

ReadFull Article ..

Jumat, 20 Desember 2013

Isu Syiah Nikah mutaah tak hormati wanita



SHAH ALAM – Nikah mutaah yang diamalkan dalam ajaran Syiah jelas tidak menghormati kaum wanita juga hak-hak mereka dalam perkahwinan.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Fatahiyah Mahamood berkata, ini kerana konsep pernikahan tersebut membenarkan seseorang lelaki menikahi wanita dalam tempoh tertentu sesingkat satu malam hanya dengan menyediakan mahar dan juga menyatakan tempoh.

“Dari segi hukum Islam, nikah mutaah adalah haram kerana boleh diibaratkan sebagai kahwin kontrak. Apabila wanita boleh dikahwini dan diceraikan dengan mudah, maknanya wanita tidak dihormati.

“Sedangkan dalam perkahwinan, suami perlu bertanggungjawab kepada isteri, bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu saja,” katanya.

Selain itu, katanya, konsep nikah mutaah yang membolehkan perceraian berlaku selepas tempoh ditetapkan tanpa lafaz melainkan hanya apabila sampai tempoh yang dijanjikan, juga seolah-olah memandang remeh institusi perkahwinan.

“Perkahwinan adalah tanggungjawab bersama setiap pasangan. Mereka perlu memastikan perkahwinan dibina berkekalan.

“Jika berkahwin dengan niat untuk bercerai selepas itu, hilanglah nilai perkahwinan. Apatah lagi, nikah mutaah tidak mengikut rukun nikah yang sebenarnya," katanya.

Beliau turut menyarankan agar setiap wanita menyelidiki latar belakang calon suami sebelum berkahwin.

“Bagi seorang isteri, suami adalah masa depannya. Jadi, penting bagi mereka kenal calon suami agar tidak terjebak dengan perkahwinan mutaah,” katanya.
ReadFull Article ..

Selasa, 03 Desember 2013

Menilai kepribadian wanita dari cara berjalan!!!


1. Bila berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah
wanita yang tidak jujur, bila berbohong, mulutnya laser dan
menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga
terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya
pemboros atau suka membazir uang tanpa berpikir sebelum berbelanja.
Padahal, uangnya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil
hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan lelaki.

2. Bila berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan
merugikan temannya, namun, byk lelaki yang berusaha untuk menaklukan
hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur.


3. Bila berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbicara
dengan orang-orang yang dekat dengannya dan dpt dipercaya untuk
menyimpan rahasianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk
hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak
peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berhasil
menawan hatinya, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita
jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang
dicintainya.

4.. Bila berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatakannya, jika anda tidak mau mendengar dia bicara panjang
lebar. Meski pendiriannya teguh,tapi selalu berselisih pendapat.
Jangan heran jika wanita seperti ini hanya mau bicara dengan orang
yang berpengetahuan luas.



5. Bila berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mau urusan pribadinya dicampuri orang
lain. Gaya bicaranya serius, menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dari wanita ini, ia bertanggungjawap terhadap apa yang
pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang mandiri tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantisnya.


6.Bila berjalan sambil cengar-cengir, senyam-senyum tanpa alasan jelas
ini wanita gila, agak kurang waras jgn didekati.

7. Bila berjalan sambil nyanyi trus bawa kecrekan. Berarti dia.....
WARIA, bukan wanita asli..banyak pria yang takut padanya. Huahahaha..
takut!!!

8. Bila berjalan sambil sesekali memamerkan barisan gigi2nya yang
putih. HATI HATI dia belom di suntik rabies !

9. Bila berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Mungkin dia syetan.lariiiiii…�EUR�hahahhaha…�EUR�

10. kalo ada wanita bisa jalan di air, wuah itu pasti zhang zi yi!
cewe kung fu!!!



11. Kalo ada wanita berambut panjang menutup muka dan keluar merangkak
dari TV anda, maka itu Sadako. Avoid at all cost!

12. Bila jalannya maju mundur, itu artinya wanita plin-plan, so kalo
mau behubungan dengan wanita jenis ini berhati2 lah , ini hari dia
bilang yah, besok dia bilang NO NO NO NO NO.

13. Kalo ada wanita yg berjalan melompat-lompat, nah lho,
seraaaammmmm pocongkk mamiiiiiii..

14. Kalo ada wanita yg habis baca email ini ada yg senyam senyum
sendirian, apalagi sampe tertawa cekikikan, nah lho gue kagak tahu
jenis yg mana ini..

15. Kalau ga mau dinilai kepribadian dari cara berjalan, ngesot aja
neng.. aman


sumber :http://www.kaskus.us/showthread.php?t=7095210
ReadFull Article ..