Senin, 14 April 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » Pelakon Wanita dan Model Terkenal Ditahan Polis Miliki Dadah

Pelakon Wanita dan Model Terkenal Ditahan Polis Miliki Dadah

Selamat tahun baru kami ucapkan kepada semua dan apa yang Ente inginkan di tahun baru kami doakan semoga tercapai. Untuk pembuka tirai berita hiburan pada tahun baru ini adalah seorang pelakon dan model wanita terkenal telah ditahan polis kerana menyimpan dadah.


Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang pelakon & model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu telah ditahan bersama teman lelaki di rumah mereka.

Dalam serbuan polis di kediaman mewah di Damansara Damai, pelakon berusia 26 tahun didapati menyimpan dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.


“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan & mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri”

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera tutup semula selepas menyedari kehadiran polis,” jelas sumber.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar