Sabtu, 28 Desember 2013

Neelofa Menemuramah Nur Amalina Che Bakri untuk rancangan NONA

Salam semua,




Pengacara Nona, Neelofa yang berada di University of Edinburgh, Scotland untuk temubual eksklusif Nona bersama Nur Amalina Che Bakri berhubung isu beliau dan perkembangan terkini Nur Amalina tentang status pengajian beliau bagi menjawab tohmahan sebelum ini. Dibawah adalah gambar Neelofa Bersama Amalina Che Bakri untuk rancangan NONA yang akan ditayangkan tak lama lagi.
Sebelum ni, Nur Amalina Che Bakri telah hangat dengan isu Nur Amalina Che Bakri pelajar cemerlang SPM 2005 pakai baju seksi dan kejutan budaya. Nur Amalina akan muncul tidak lama lagi di dalam rancangan Nona TV3.[sumber]
ReadFull Article ..

5 Gambar Kawasan Serangan di Lahad Datu


LAHAD DATU 5 Mac - Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan dari kawasan berhampiran lokasi serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal pagi ini:
SEORANG anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA
ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA
SEBUAH helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini hari ini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA
ANGGOTA polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan serangan pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di kampung Tandou pagi ini. - BERNAMA
KENDERAAN anggota tentera keluar dari Kampung Tanduo menghantar anggota tentera menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung Tanduo. - BERNAMA
SEORANG kakitangan Hospital Lahad Datu di sini mengawal selia dua buah ambulan sebagai persiapan selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tunduo pagi ini. - BERNAMA
SEKATAN jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysia ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo pagi tadi. - UTUSAN DAN BERNAMA
ReadFull Article ..

Gambar Mengerikan Bayi Yang Diklonkan



Berita tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas.
Bigitte Boisselier, Presiden Clonaid yang kontroversial
Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang dirahsiakan. “Bayi tersebut dalam keadaan sihat,” demikian kenyataan akhbar yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.
Walau kabar tersebut banyak diragukan, namun Boisselier tetap bergerak dan berkeras bahawa hal tersebut akan menjadi tunggak baru dalam sejarah umat manusia. Dan peristiwa ini, benar-benar telah membawa banyak syarikat sejenis untuk cuba melakukan hal serupa.
Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan.
Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal:



Bayi-bayi cacat hasil kloning yang gagal

Gambar-gambar diatas bocor oleh anasir salah satu syarikat yang tidak disebutkan dan beredar luas di kalangan para netizen di seluruh dunia, walau gaungnya tidak seheboh saat pertama kali kambing Dolly diterbitkan. Namun gambar-gambar ini menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis perubatan dan biologi molekul.

Yang patut diingat adalah pengkloningan manusia ini sebenarnya diharamkan oleh semua agama, sebab melanggar fitrah. Hanya Tuhan saja yang mempunyai kuasa untuk mencipta. Manusia sekalipun tidak akan dapat mendekati kesempurnaan Tuhan. Dan akibat dari hal tersebut adalah seperti yang boleh kita lihat dalam gambar diatas.

Semoga ini menjadi pelajaran buat kita semua agar selalu ingat bahawa Allah Maha Besar Kuasa-NYA.
(Newscientist, Guardian dan pelbagai sumber-sumber lain)

Tabekpuang
ReadFull Article ..

Jumat, 27 Desember 2013

Jambatan Ketiga Klang Mula Dibina Julai 2014


SHAH ALAM – Pembinaan Jambatan Ketiga Bandar Klang dijangka bermula pada Julai depan dengan anggaran kos mencecah RM281 juta termasuk pengambilan tanah dan yuran perunding, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Datuk Teng Chang Khim.

Pada masa ini, katanya, Jabatan Kerja Raya Selangor melalui perunding Vast Consultants Sdn Bhd sedang mereka bentuk jambatan itu dengan terperinci yang dijangka selesai pada Februari depan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan perkembangan pembinaan jambatan itu, anggaran kos pembinaan dan bila ia akan dimulakan selain daripada peranan kerajaan Persekutuan dalam projek itu semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.

Teng berkata selain itu, kerja-kerja awal bagi tujuan pengumpulan data seperti kajian impak trafik, kerja ukur tanah dan hidrologi serta kerja penyiasatan tanah sedang dijalankan dan dijangka selesai awal bulan hadapan.

“Pelan Pengambilan Tanah serta dokumen yang berkaitan bagi proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada pertengahan Oktober lepas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata agensi kerajaan Persekutuan iaitu Jabatan Kerja Raya berperanan sebagai penasihat teknikal bagi projek itu. – BERNAMA
ReadFull Article ..

Lelaki Yang Mahu Menutup Masjid Ini Akhirnya Memeluk Islam


 Lelaki Yang Mahu Menutup Masjid Ini Akhirnya Memeluk Islam
Daniel Streich, politikus berasal Switzerland, yang terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.
Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Partai Rakyat Switzerland (SVP). Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Swiss.
Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam terhadap mimbar dan kubah masjid.
Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropa terutama di negaranya.
Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status hukum.
Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.
Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan tentera di Swiss Army karena popularitasnya.
Lahir di sebuah keluarga Kristen, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai setan.
Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya. – 2dayblogger
ReadFull Article ..

Boleh Murtad Jika Pertikai Keputusan Kalimah ALLAH


SHAH ALAM – Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.

Katanya, kafir dan murtad seseorang itu “jatuh” sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.

“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya yang dipetik Utusan.online.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

Dalam pada itu, Nooh berkata, mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu ALLAH hanya untuk orang Islam.

“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi. – Sinar Harian
ReadFull Article ..

Kamis, 26 Desember 2013

Bayi ‘Mati’ Hidup Semula

Salam semua,

Bayi ‘Mati’ Hidup Semula


BUENOS AIRES: Seorang bayi ditemui hidup di sebuah rumah mayat, 12 jam selepas dilaporkan mati oleh doktor di sebuah hospital di Argentina.

Analia Bouter bersama suaminya mengunjungi rumah mayat untuk melihat bayi tidak cukup bulan yang dilahirkannya di Hospital Perrando.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila membuka keranda dan melihat bayi itu masih hidup.
“Saya tiba-tiba mendengar suara dan melihat dia bergerak,” kata wanita itu kepada akhbar TN.com.

Menurut Analia, bayi itu hampir beku selepas 12 jam berada dalam bilik sejuk rumah mayat itu.
Seorang pekerja hospital yang bergegas membawa bayi itu ke doktor menyifatkan dia seperti membawa sebotol ais.

Sehubungan itu, pasangan berkenaan menamakan anak mereka itu Luz Milagros yang bermakna ‘keajaiban.’ Menurut Analia, dia ke rumah mayat itu semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bayinya, tetapi berakhir dengan menyelamatkannya.

“Setiap anggota pasukan yang terbabit mempunyai tanggungjawab masing-masing,” kata Setiausaha Rendah Kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli, kepada wartawan ketika mengumumkan mengenai siasatan terhadap salah laporan berhubung kematian bayi itu.

Dalam pada itu, Analia berkata, dia merancang menyaman pihak terbabit.
Bayi itu yang masih menerima rawatan di hospital dilahirkan tiga bulan lebih awal. – Agensi

Sumber : hmetro
ReadFull Article ..