Kamis, 26 Desember 2013

SEGERA Pegawai Veterinar Mengaku TIDAK BERSALAH Belasah Isteri Dalam Lif


BUKIT MERTAJAM – Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.

Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar wang jaminan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim. – BERNAMA

BACA: ISTERI KENA BELASAH SUAMI DALAM LIF

ReadFull Article ..

Siapakah Zulyahya sebenarnya yang diklaim sebagai Ahmad Abd Jalil

FB
Ahmad Abd Jalil menggunakan facebook Amad Nelayan, bukan Zulyahya. Sila lihat facebook si Zulyahya tu, timeline dan gambar2 albumnya. Dalam dakwaan terhadap Ahmad di mahkamah, charge pertama meng-post status itu di Tampoi. Charge ke2, mengpost status tu di Pusat Media Ibu Pejabat  . Ahmad sedang berkerja di KL pada ketika itu. 

Si Zulyahya ni penyokong kuat UMNO. Banyak upload dan posting gambar umno. Yang pelik kadang-kadang kutuk umno. Dia baru jer buka FB sekitar Ogos baru lepas.... Apa tujuan sebenarnya ?

di bawah adalah  FB Ahmad Abd Jalil sebenar

 Amad Nelayan  
23 hours ago
alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang sokong.. semoga allah membalas kebaikan semua dengan memberi anda bekal pahala..

Nyalaan lilin sokong Ahmad di Dataran Merdeka
www.malaysiakini.com
Kira-kira 100 penyokong Ahmad Abdul Jalil, termasuk ahli keluarganya, berkumpul menyertai nyalaan lilin di Dataran Merdeka malam tadi, menggesa supaya beliau dibebaskan.
ReadFull Article ..

Rabu, 25 Desember 2013

Polis Thailand Jual Pelarian Rohingya

 21 Januari 2013
Pengungsi Rohingya (Foto: AP)
Pengungsi Rohingya (Foto: AP)
PHUKET – Penyiasatan yang dilakukan oleh media mengungkapkan polis  Thailand seringkali menjual pelarian Rohingya yang ditangkapnya ke sindiket perdagangan manusia. Para pelarian tersebut kemudian melakukan kerja paksa di perbatasan Malaysia dengan Thailand.

Ribuan warga Rohingya meninggalkan tempat tinggalnya di Myanmar sejak tahun lalu untuk menyelamatkan diri dari konflik etnik di sana. Kebanyakan warga Rohingya melarikan diri ke Malaysia yang menerima kehadiran mereka.

Namun dalam perjalanannya warga Rohingya seringkali ditangkap oleh pihak keselamatan Thailand. Thailand sendiri terletak diantara Myanmar dan Malaysia sehingga seringkali menjadi tempat transit para warga Rohingya.

“Majikan saya berkata mereka membeli saya dari polis  Thailand, jika saya tidak memberinya wang maka dia tidak akan membiarkan dia pergi. Majikan saya tidak peduli kalau saya mati disini,” ujar Ahmed yang menjadi pekerja paksa di perbatasan Malaysia-Thailand, seperti diberitakan BBC, Isnin (21/1/2013).

Pemerintah Thailand sendiri menganggap tindakan para polis  itu hanya dilakukan oleh sebahagian oknum. Mereka pun berjanji akan melakukan penyelidikan terhadap temuan tersebut.

“Kami tidak tahu mana saja anggota yang melakukan aksi tersebut, namun kami berkomitmen untuk menyelesaikan masalah itu hingga ke akarnya. Kami juga berkomitemen untuk mengatasi isu kemanusiaan yang kini dihadapi warga Rohingya,” ujar pejabat Kementerian Luar Negeri Thailand Sihasak Puangketkaew.(faj)
ReadFull Article ..

Gadis Seksi Vivian Dirompak Dan Dicederakan Dengan Pisau!

vivian

Gadis seksi, Vivian dirompak dan dicederakan dengan pisau ketika sedang berjalan seorang diri di Jalan Ipoh pukul 3.30 pagi Selasa lalu.
Menurut teman lelakinya, Alvin, Vivian ketika itu sedang berjalan bersebelahan sebuah kondominium ketika dihampiri seorang lelaki India berbadan besar.
Lelaki berkenaan menurutnya telah menolak Vivian ke sebatang pokok dan menghalakan pisau ke arah gadis tersebut sebelum menjerit;
“Oi, bagi duit kalau lu tak mau saya potong lu,” katanya dalam status di akaun Facebook miliknya semalam.
Katanya, Vivian bersetuju untuk menyerahkan wangnya tetapi meminta kepada lelaki berkenaan agar memulangkan kad pengenalan, lesen, kad bank dan dokumen penting yang lain.
“Dia belum sempat menamatkan ayatnya sebelum anak haram itu dengan ganas merampas wallet serta kunci rumah dan berlari ke arah rakannya yang menanti di atas motosikal di seberang jalan,” katanya.
alvin and vivian
Menurut Alvin, sebelum pergi, lelaki berkenaan sempat mencederakan Vivian di bahagian tangan dan pinggang.
Beliau dalam entri yang sama memuji kecekapan pihak hospital dan mendoakan lelaki berkenaan menemui kecelakaan dalam hidupnya.
Sementara itu, Vivian yang menjalani pembedahan akibat kecederaan di tangannya memberitahu bahawa pembedahan itu berjaya.
ReadFull Article ..

Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri 5 minit

sinar harian
Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri 5 minit
Anwar bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang pada sidang media hari ini.
PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menjelaskan isu dakwaan beliau ingin kembali kepada Umno jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) berinya ruang siaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Senator Ezam Mohd Noor dalam satu ceramahnya pada Ahad yang mendakwa Anwar pernah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyertai semula Umno ketika era pemerintahannya.

“Awak dari mana? RTM.. Ok….Terima Kasih la….Kalau RTM boleh bagi saya 5 minit untuk bercakap saya akan jawab. Tanya menteri awak Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) boleh tak bagi Anwar lima minit atau tiga minit jelaskan secara langsung..boleh…?.

“Isu ini tidak relevan pun dan tak berbangkit..yang ketagih nak masuk Umno itu dia (Ezam),” jawabnya secara sinis kepada seorang wartawan daripada RTM.

Bagaimanapun, Anwar diasak soalan sama oleh beberapa wartawan lain, bagaimanapun beliau masih enggan mengulas lanjut.

“Kalau nak suruh layan dia( Ezam) mahal pula harga dia…Jadi saya tidak mahu meningkatkan harga dia dalam Umno. Jadi nanti dia dapat kutipan yang lebih kalau saya respon,” katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR semalam.

ReadFull Article ..

Selasa, 24 Desember 2013

Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 30 April – SPR

Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 30 April - SPR


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.
Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
“Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira,” katanya.
Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.
Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12. – BERNAMA
ReadFull Article ..

Internetan Gratis Dengan Freezone Google Telkomsel

free zone google indonesia

Free Zone Google Indonesia I Foto : Capture freezone.google.com

Kemarin facebook bekerjasama dengan operator seluler Indonesia membebaskan biaya internet ketika pengguna mengakses facebook dengan menggunakan browser ponsel standar, kini telah hadir pula saingan facebook di tanah air, yaitu akses layanan google secara gratis, nama program gratis google ini, yaitu free zone.

Free Zone adalah produk baru yang menarik yang memungkinkan pengguna untuk mengakses Google+, Gmail, dan Google Penelusuran melalui ponsel tanpa dikenai biaya data – tidak diperlukan paket data. Produk ini tersedia di sebagian besar ponsel yang mendukung internet.

Free Zone, layanan internet gratis milik Google, kini hadir di Indonesia. Layanan ini hadir berkat kerja sama Telkomsel dengan Google. Pelanggan kini dapat mengakses Google Search, GMail, dan Google+ melalui handset secara gratis.

Anda dapat menggunakan Google+, Gmail, dan Google Penelusuran dan bebas dari biaya data. Perhatian, khusus google penulusuran, walaupun gratis, ketika Anda mengklik atau membuka halaman web link yang akan Anda kunjungi akan di kenakan biaya data internet. 

Free zone tidak berlaku di opera mini, ucweb dan sejenisnya dan hanya berlaku untuk browese ponsel standar. Untuk menikmati free zone, silahkan klik atau ketikan http://g.co/freezone atau http://freezone.google.com. Selamat menikmati free zone google telkomsel.

Untuk mengetahui lebih jauh tentang layanan free zone google dapat di baca di FREEZONE GOOGLE 

Coba kalau layanan free zone berlaku untuk browser opera mini dan ucweb? Kemungkinan speeeeeeeedy dan nyaman udah.

ReadFull Article ..